Tuesday, April 19, 2011

Facebook - Tatacara dan Adat Kesopanan


Facebook atau bahasa melayunya bukumuka fenomena yang melanda mengila-gila. Dalam tempoh masa tidak sampai 2 tahun sejak diasaskan, bukumuka diakses oleh jutaan umat manusia seluruh dunia dengan pelbagai motif. Ada yang sekadar melihat dinding teman-teman, meninggalkan komen, melihat gambar dan ada juga yang memggunakan bukumuka sebagai medium bisnes. Ditambah pula sambil menyusuri dari muka ke muka dinding teman-teman, sambil berchatting dan meninggalkan komen dengan harapan mendapat feedback dan rangsangan komen dari teman yang lainnya. Terkadang tanpa kita sedari komen dan terjahan komen kita pada muka dinding teman kita tanpa kita sedari yang pada maksud asalnya sekadar gurauan telah menguris dan melukakan perasaan  si teman. Kekadang komen kita yang berbentuk kritikan dengan nada gurauan menjurus kepada menjadi keterlaluan ditambah lagi dengan campurtangan si batu api yang sedia ada mengeruhkan lagi keadaan.
Kesimpulannya adalah semua yang ada dalam jaringan laman sosial mukabuku adalah sahabat atau teman kita ( sila semak semula, sudah pasti mereka dalam senarai rakan/teman kita)....oleh yang demikian komen-komen yang kita lemparkan biarlah bersifat ikhlas dan beretika dan tidak tersirat fitnah dan ada maksud tersirat. Harus diingat komen yang ditulis adalah tidak sama dengan luahan dari mulut kita sendiri. Tulisan tidak mempunyai nada dan anotasinya berbanding luahan kata-kata, maka itu komen-komen dari sesiapa sering disalah ertikan sehingga terkadang terputus dan terbuang sahabat yang sekian lama berhubungan hanya kerana sepotong ayat komen yang ditulis di dinding bukumuka....

No comments:

Post a Comment