11. Wahai anakku! Sesungguhnya kebijaksanaan itu meletakkan orang miskin di tempat raja-raja.
(Isma’il bin Kathir, 1977. Al-Bidayah wa al-Nijayah, Jil. 2, hlm. 127. Cet. 2, Beirut: Maktabah al-Ma’arif.)
12. Wahai anakku! Bertakwalah kamu kepada Allah. Janganlah kamu dilihat orang sebagai takutkan Allah, lalu mereka memuliakanmu, sedangkan hatimu jahat.
(Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jil. 3, hlm. 33)
13. Wahai anakku! Jangan kamu lambatkan taubat. Kerana sesungguhnya kematian itu akan datang secara tiba-tiba.
(Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jil. 4, hlm. 84)
14. Wahai anakku! Sesungguhnya orang yang mengasihani orang lain kelak dia dikasihani orang. Orang yang diam terselamat. Orang yang berkata baik beruntung, orang yang berkata jahat berdosa dan orang yang tidak menguasai lidahnya akan menyesal.
(Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jil. 4, hlm. 84)
15. Wahai anakku! Sesungguhnya emas itu diuji dengan api. Hamba yang soleh diuji dengan bala. Apabila Allah kasih akan sesuatu kaum, Dia menguji mereka, maka sesiapa yang reda dia akan memperoleh keredaan dan sesiapa yang marah maka dia akan memperoleh kemurkaan.
16. Wahai anakku! Suatu perkara kamu tidak tahu apabila ia akan menemuimu. Bersiap sedialah untuknya sebelum ia mengejutkanmu.
(Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jil. 4, hlm. 84)
17. Wahai anakku! Apabila kenyang perut, tidurlah fikiran, bisulah kebijaksanaan dan beratlah anggota daripada beribadat.
(Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jil. 4, hlm. 84)
18. Wahai anakku! Juallah duniamu dengan akhiratmu pasti menguntungkan kedua-duanya dan jangan kamu jual akhiratmu dengan duniamu pasti merugikan kedua-duanya sekali.
19. Wahai anakku! Jauhilah kamu daripada hutang kerana sesungguhnya ia kehinaan pada siang hari dan keluh kesah pada waktu malam.
(Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jil. 4, hlm. 84)
20. Wahai anakku! Apabila tiba waktu solat maka janganlah kamu lewatkan sama sekali. Solatlah dan dapatkan ketenangan daripadanya kerana ia sebahagian daripada agama.
21. Wahai anakku! Berharaplah kepada Allah – harapan yang tidak menjadikan dirimu berani menderkahai-Nya, dan takutlah kamu kepada Allah – ketakutan yang tidak menjadikan kamu putus asa terhadap rahmat-Nya.
(Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jil. 4, hlm. 84)
No comments:
Post a Comment