Saturday, April 23, 2011

Logo IKBN Satu Nostalgia Terindah....

Logo IKBN
Tengahari nie, masa aku tengah semak-semak fail lama yang menyimpan segala sijil-sijil persekolahan dari sejak darjah satu ( zaman aku tak ada sekolah tadika ) hingga sijil terkini yang aku perolehi...dalam banyak-banyak sijil tu, tangan aku terhenti dari menyelak helaian fail bila terpandang sebuah sijil di bawah nie...
Sijil Penghargaan + Wang Tunai
Hanya sekadar sehelai sijil penghargaan, sama dengan sijil-sijil yang lain..tapi bila tengok tarikh sijil tu..pejam celik dah lebih 10 tahun rupanya logo Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) ciptaan aku digunapakai. Sijil tu pun dah berubah warna dari warna asalnya. 

*****************************************************
Nostalgia untuk aku kongsikan dalam blog ini masa aku mula rekacipta logo IKBN tu...10 tahun sebelum 2011 aku hanya tahu guna program Office Word ajer...tak tau langsung guna software untuk design guna Photoshop illustrator ker, software design ker yang wujud masa tahun 2001.
Tapi minat dan cabaran dari rakan2 pada masa tu, menguatkan semangat aku yang memang terkenal dengan kuat semangat..kus semangat balik pintu(kata-kata mak aku bila nak kuatkan semangat aku masa kecik)...Bertungkus-lumus aku menyiapkan design logo IKBN pakai office word ( lawaknya). Lepas siap design kena cari maksud bagi setiap bentuk pada logo pulak..macam gambar gear apa maksud...warna merah apa makna..sekali lagi aku perah otak cari maksud-maksud yang relevan...karang ayat baik buat tarik minat panel penilai.
**************************************************
Bila dah siap semua design dengan pengertian logo, kena hantar pulak ke KBS. Tunggu punya tunggu ada staf kbs call aku, bagi tau logo aku kena ubah sana sini, bagi nak tambah menarik lagi...dalam hati aku dah boleh agak yang logo aku menang ( kalau dapat no.2 atau 3 buat apa dia orang call suruh ubah suai dan adjust bagi tambah cantik lagi)..masatu hidung aku dah kembang...logo dah nak menang no.1
*************************************************
Akhir aku dapat call lagi sekali dari KBS bagitau, yang logo aku dah terpilih sebagai logo rasmi IKBN seMalaysia. KBS akan lancarkan secara rasmi dan yang aku masih ingat-ingat lupa, majlis perasmian logo IKBN dan hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Dato Hishamuddin bin Tun Hussin ( Menteri Belia dan Sukan ) pada masa tu. Aku dapat hadiah wang tunai masa tu ( jumlah dirahsiakan..hahaha ) dan sijil kat atas tu.
************************************************
Setelah 10 tahun lebih..bila aku tengok logo ciptaan aku terpampang diseluruh negara..bangganya tak terkira..aku bagitau kat anak-anak aku...tengok tu logo ikbn, ayah yang cipta..anak aku jawab" iya ker???",  kete honda pun ayah cipta ker???....
********************************************
Cuba korang tengok penggunaa logo IKBN kat bawah nie
Logo 1Malaysia & 1 IKBN
Pamplet 
dsc_0143
Ditampal di pintu van
dsc_0073
Di Badan Bas
dsc_0172
Semasa program promosi IKBN
Semasa Majlis Konvokesyen IKBN
Folder Sijil
Logo kat baju dan kad matrik...(nie gambar pelajar IKBN Alor Gajah)

No comments:

Post a Comment