Sunday, April 24, 2011

PENIPUAN WANG ATAS NAMA “PELABURAN”



Inilah beberapa penipuan wang yang menggunakan nama “pelaburan”
Pengambilan Deposit
Individu atau syarikat  mengambil deposit  daripada orang ramai dan menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh tertentu. Mereka tidak mendapat lesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Contohnya penipuan adalah seperti berikut:-
  • Jualan Smart Kiosk / Vending machine

Menawarkan belian Smart Kiosk / Vending machine melaui pinjaman. Pembeli hanya memberi deposit 30% dan baki 70% dibayar melalui pinjaman. Apa yang dijanjikan tidak benar kerana sesi penerangan berlainan selepas deposit dibayar.

  • Pelaburan ternakan ikan keli
Pembeli membeli 3 kanvas ikan keli dengan harga RM 40 000 dijanjikan pendapatan RM 3 000 hingga RM 6 000 dalam masa 3 bulan bagi tempoh 7 tahun
  • Pelaburan ternakan lembu
Pembeli perlu membayar RM 27 000 bagi seekor lembu dan dalam jangka 8 tahun menjana keuntungan 3 kali ganda pelaburan
  • Pelaburan ternakan sarang burung
Pembeli dikenakan bayaran RM 24 000 satu lot. Dijanjikan pendapatan RM 700 sebulan dengan dividen RM 3 000.
  • Pelaburan Perniagaan Kupon Makanan
Jualan kad prepaid bernilai RM 360. Pemilik kad akan dapat RM 15 untuk seorang yang di bawa ke restoran tersebut. Apa yang dijanjikan tidak benar.
FOREX tanpa lesen
Jual beli mata wang asing  daripada syarikat  yang tidak mendapat kebenaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953
Pelaburan Internet
Syarikat mendakwa berurus niaga dalam  aktiviti pasaran saham. Sebenarnya syarikat tidak mendapat lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal ddan Perkhidmatan 2007. Pengambilan deposit secara haram melalui saluran internet.
Salah Laku dalam Jualan Langsung (MLM)
  • Menggunakan lesen jualan langsung untuk orang ramai melabur
  • Hanya perlu mencari ahli tidak perlu menjual
  • Harga barangan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan
Memenangi  Kuiz melalui SMS
Mangsa mendapat SMS yang memberitahu mereka menerima hadiah wang tunai dan dikehendaki menelefon semula syarikat melalui nombor tertera pada SMS. Apabila panggilan dibuat, mangsa diarahkan untuk membayar deposit untuk wang proses melalui ATM transfer. 24 jam mangsa diminta menyemak akaun untuk penerimaan wang dari syarikat. Rupanya wang daripada akaun mangsa  yang telah dikeluarkan.
(SUMBER RUJUKAN: buku “awas penipuan kewangan” dari Bank Negara Malaysia)
Semua gambar sekadar hiasan penulis sahaja, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment