Diimbas dari Majalah Buletin KBS |
Thursday, April 28, 2011
Sunday, April 24, 2011
PENIPUAN WANG ATAS NAMA “PELABURAN”
Inilah beberapa penipuan wang yang menggunakan nama “pelaburan”
Pengambilan Deposit
Individu atau syarikat mengambil deposit daripada orang ramai dan menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh tertentu. Mereka tidak mendapat lesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Contohnya penipuan adalah seperti berikut:-
- Jualan Smart Kiosk / Vending machine
Menawarkan belian Smart Kiosk / Vending machine melaui pinjaman. Pembeli hanya memberi deposit 30% dan baki 70% dibayar melalui pinjaman. Apa yang dijanjikan tidak benar kerana sesi penerangan berlainan selepas deposit dibayar.
- Pelaburan ternakan ikan keli
Pembeli membeli 3 kanvas ikan keli dengan harga RM 40 000 dijanjikan pendapatan RM 3 000 hingga RM 6 000 dalam masa 3 bulan bagi tempoh 7 tahun
- Pelaburan ternakan lembu
Pembeli perlu membayar RM 27 000 bagi seekor lembu dan dalam jangka 8 tahun menjana keuntungan 3 kali ganda pelaburan
- Pelaburan ternakan sarang burung
Pembeli dikenakan bayaran RM 24 000 satu lot. Dijanjikan pendapatan RM 700 sebulan dengan dividen RM 3 000.
- Pelaburan Perniagaan Kupon Makanan
Jualan kad prepaid bernilai RM 360. Pemilik kad akan dapat RM 15 untuk seorang yang di bawa ke restoran tersebut. Apa yang dijanjikan tidak benar.
FOREX tanpa lesen
Jual beli mata wang asing daripada syarikat yang tidak mendapat kebenaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953
Pelaburan Internet
Syarikat mendakwa berurus niaga dalam aktiviti pasaran saham. Sebenarnya syarikat tidak mendapat lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal ddan Perkhidmatan 2007. Pengambilan deposit secara haram melalui saluran internet.
Salah Laku dalam Jualan Langsung (MLM)
- Menggunakan lesen jualan langsung untuk orang ramai melabur
- Hanya perlu mencari ahli tidak perlu menjual
- Harga barangan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan
Memenangi Kuiz melalui SMS
Mangsa mendapat SMS yang memberitahu mereka menerima hadiah wang tunai dan dikehendaki menelefon semula syarikat melalui nombor tertera pada SMS. Apabila panggilan dibuat, mangsa diarahkan untuk membayar deposit untuk wang proses melalui ATM transfer. 24 jam mangsa diminta menyemak akaun untuk penerimaan wang dari syarikat. Rupanya wang daripada akaun mangsa yang telah dikeluarkan.
(SUMBER RUJUKAN: buku “awas penipuan kewangan” dari Bank Negara Malaysia)
Semua gambar sekadar hiasan penulis sahaja, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
Semua gambar sekadar hiasan penulis sahaja, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
Saturday, April 23, 2011
Logo IKBN Satu Nostalgia Terindah....
Logo IKBN |
Sijil Penghargaan + Wang Tunai |
Hanya sekadar sehelai sijil penghargaan, sama dengan sijil-sijil yang lain..tapi bila tengok tarikh sijil tu..pejam celik dah lebih 10 tahun rupanya logo Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) ciptaan aku digunapakai. Sijil tu pun dah berubah warna dari warna asalnya.
*****************************************************
Nostalgia untuk aku kongsikan dalam blog ini masa aku mula rekacipta logo IKBN tu...10 tahun sebelum 2011 aku hanya tahu guna program Office Word ajer...tak tau langsung guna software untuk design guna Photoshop illustrator ker, software design ker yang wujud masa tahun 2001.
Tapi minat dan cabaran dari rakan2 pada masa tu, menguatkan semangat aku yang memang terkenal dengan kuat semangat..kus semangat balik pintu(kata-kata mak aku bila nak kuatkan semangat aku masa kecik)...Bertungkus-lumus aku menyiapkan design logo IKBN pakai office word ( lawaknya). Lepas siap design kena cari maksud bagi setiap bentuk pada logo pulak..macam gambar gear apa maksud...warna merah apa makna..sekali lagi aku perah otak cari maksud-maksud yang relevan...karang ayat baik buat tarik minat panel penilai.
**************************************************
Bila dah siap semua design dengan pengertian logo, kena hantar pulak ke KBS. Tunggu punya tunggu ada staf kbs call aku, bagi tau logo aku kena ubah sana sini, bagi nak tambah menarik lagi...dalam hati aku dah boleh agak yang logo aku menang ( kalau dapat no.2 atau 3 buat apa dia orang call suruh ubah suai dan adjust bagi tambah cantik lagi)..masatu hidung aku dah kembang...logo dah nak menang no.1
*************************************************
Akhir aku dapat call lagi sekali dari KBS bagitau, yang logo aku dah terpilih sebagai logo rasmi IKBN seMalaysia. KBS akan lancarkan secara rasmi dan yang aku masih ingat-ingat lupa, majlis perasmian logo IKBN dan hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Dato Hishamuddin bin Tun Hussin ( Menteri Belia dan Sukan ) pada masa tu. Aku dapat hadiah wang tunai masa tu ( jumlah dirahsiakan..hahaha ) dan sijil kat atas tu.
************************************************
Setelah 10 tahun lebih..bila aku tengok logo ciptaan aku terpampang diseluruh negara..bangganya tak terkira..aku bagitau kat anak-anak aku...tengok tu logo ikbn, ayah yang cipta..anak aku jawab" iya ker???", kete honda pun ayah cipta ker???....
********************************************
Cuba korang tengok penggunaa logo IKBN kat bawah nie
Logo 1Malaysia & 1 IKBN |
Pamplet |
Ditampal di pintu van |
Di Badan Bas |
Semasa program promosi IKBN |
Semasa Majlis Konvokesyen IKBN |
Folder Sijil |
Logo kat baju dan kad matrik...(nie gambar pelajar IKBN Alor Gajah) |
Iqra / Baca 43 Perkara Terhebat
43 Perkara TerHebat
1. Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
2. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.
4. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.
5. Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
6. Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.
7. Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.
8. Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
9. Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.
10. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
11. Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.
12. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.
13. Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
14. Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.
15. Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.
16. Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
17. Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
18. Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
19. Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.
20. Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
21. Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.
22. Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.
23. Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
24. Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
25. Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
26. Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.
27. Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
28. Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
29. Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.
30. Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
31. Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
32. Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.
33. Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
34. Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
35. Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.
36. Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
37. Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
38. Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.
39. Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.
40. Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
41. Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
42. Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
43. Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.
Sumber : diubahsuai dari Blog Pakar HowTo
Tuesday, April 19, 2011
Facebook - Tatacara dan Adat Kesopanan
Facebook atau bahasa melayunya bukumuka fenomena yang melanda mengila-gila. Dalam tempoh masa tidak sampai 2 tahun sejak diasaskan, bukumuka diakses oleh jutaan umat manusia seluruh dunia dengan pelbagai motif. Ada yang sekadar melihat dinding teman-teman, meninggalkan komen, melihat gambar dan ada juga yang memggunakan bukumuka sebagai medium bisnes. Ditambah pula sambil menyusuri dari muka ke muka dinding teman-teman, sambil berchatting dan meninggalkan komen dengan harapan mendapat feedback dan rangsangan komen dari teman yang lainnya. Terkadang tanpa kita sedari komen dan terjahan komen kita pada muka dinding teman kita tanpa kita sedari yang pada maksud asalnya sekadar gurauan telah menguris dan melukakan perasaan si teman. Kekadang komen kita yang berbentuk kritikan dengan nada gurauan menjurus kepada menjadi keterlaluan ditambah lagi dengan campurtangan si batu api yang sedia ada mengeruhkan lagi keadaan.
Kesimpulannya adalah semua yang ada dalam jaringan laman sosial mukabuku adalah sahabat atau teman kita ( sila semak semula, sudah pasti mereka dalam senarai rakan/teman kita)....oleh yang demikian komen-komen yang kita lemparkan biarlah bersifat ikhlas dan beretika dan tidak tersirat fitnah dan ada maksud tersirat. Harus diingat komen yang ditulis adalah tidak sama dengan luahan dari mulut kita sendiri. Tulisan tidak mempunyai nada dan anotasinya berbanding luahan kata-kata, maka itu komen-komen dari sesiapa sering disalah ertikan sehingga terkadang terputus dan terbuang sahabat yang sekian lama berhubungan hanya kerana sepotong ayat komen yang ditulis di dinding bukumuka....
Thursday, April 14, 2011
Design Menggunakan Perisian Sketch Up Pro
Perisian Rekabentuk Google SketchUp ini dah lama wujud, cuma tak ramai yang sedar sebab dah lama terdedah dengan Autodesk AutoCad. Perisian ni simple sangat, sesuai untuk student yang baru dan mudah digunakan. Sesuai digunakan untuk menghasilkan design projek dan untuk presentation. Boleh dimuatturun secara percuma di laman web Google. Di bawah ini aku tunjukkan contoh design projek pemesinan kisar tahap 1 menggunakan perisian SketchUp. Simple, berkesan dan mesra pengguna.
Monday, April 11, 2011
komentar
Ruangan ini aku khaskan untuk mengomen apa-apa yang patut dikomen, bagi setengah orang tak suka dikomen dikomplen ditegur...tapi kalau komen yang membina dan boleh membangunkan serta menyedarkan diri kita apa salahnya kita terima komentar daripada kawan dan seteru kita.
e-Nota
| ||
Flutes - Spiral cutting edge on the end mill. 2 and 4 flute end mills are the most commonly used.
Ball End - Used to mill die cavities and fillets, round bottom holes and slots. Carbide - This tool material combines increased stiffness with the ability to operate at higher SFPM. Carbide tools are best suited for shops operating newer milling machines or machines with minimal spindle wear. Rigidity is critical when using carbide tools. Carbide end mills may require a premium price over the cobalt end mills, but they can also be run at speeds 2 1/2 faster than HSS end mills. For best results mount in a hydraulic type holder. Coatings - The use of Titanium coated tools will increase the surface hardness of the tool to near 85 Rc. This will allow for greater tool life at increased cutting speeds & feeds (15 - 25%). Melin offers Titanium Nitride (TiN), Aluminum Titanium Nitride (AlTiN), and Titanium Carbonitride (TiCN). Standard coatings: Titanium Nitride (TiN) Titanium Carbonitride (TiCN) Aluminum Titanium Nitride (AlTiN) Other coatings available: nACo - Aluminium Titanium Nitride + Silicon Nitride CVD Diamond Coating (Dia) Zirconium Nitride (ZrN) Black Oxide Cobalt - Type of high speed steel tool which has a 8% cobalt content (M42). This material has excellent abrasion resistance for improved tool life over standard high speed steel (M7). Corner Radius - Conventional end mill with radius ground on the tips of the flutes to help reduce chipping on the tip. For mold applications, radius tools can remove more material faster than ball ends. Corner Rounders - Cutters having form ground radius with relieved clearance. Double End - An end mill that has teeth on both ends of the cutter. End mill holders must have sufficient clearance to allow for the use of a double end cutter. Drill Point - Multipurpose tool which can be used for drilling, milling, or chamfering. High Helix - Usually a 40 to 60 degree spiral on the tool's flutes. Effective for rapid chip ejection in milling of aluminum and other materials. HSS - A baseline tool steel. In the past, a majority of end mills were made from standard High Speed Steel (M7). Usually inexpensive, but do not offer the tool life or speed and feed advantages of Cobalt and Carbide end mills. Left-Hand Spiral - Used for milling multiple layers of thin sheets where chip flow is directed away from work. Rougher (Hoggers) - End mill with interrupted shape on outside diameter to remove large amounts of material quickly. Typically can remove material up to three times the rate of conventional end mills with different types available to achieve the desired finish on the material. Melin offers roughers in Coarse Pitch, Fine Pitch, Rougher/Finisher, and 3-Flute for Aluminum styles. Single End - Teeth on one end of the cutter only. This style is the most common available. Stub Length - Used for milling of shallow slots in all types of materials where heavy feeds are required and tool deflection is minimized. |
*****************************************
Di bawah nie aku masukkan gambar contoh penilaian amali/pretasi untuk pelajar, sesi pembelajaran pun akan bermula minggu depan selama dua minggu..so aku akan sibuk la mengajar student2 menggunakan mesin sampai mahir. Maklumlah kalau tak mahir guna mesin tu nanti jadi masalah bila dia orang ke tahap seterusnya..nanti aku juga dipersalahkan. Jadi bagi student2ku semua, bersedialah kamu semua, aku akan curahkan segala ilmu di dada, kita kongsi pengetahuan..insyallah aku akan ajar apa yang aku tahu selama ini kat kamu semua...all the best.
iklan
Design baju
kadang-kadang tu terfikir jugak nak design kan baju untuk student, kesian tengok dia orang pakai baju design entah apa-apa. Aku cuba designkan guna Photoshop, mana tau kena dengan citarasa student aku.
kadang-kadang tu terfikir jugak nak design kan baju untuk student, kesian tengok dia orang pakai baju design entah apa-apa. Aku cuba designkan guna Photoshop, mana tau kena dengan citarasa student aku.
Saturday, April 9, 2011
Majlis Makan Malam
SEMPENA tamat sesi pembelajaran pada akhir April akan datang, para pelajar SKM3 dan DKM4 telah menganjurkan Majlis makan malam bagi meraikan para tenaga pengajar yang telah bertungkus lumus mencurahkan imlu sehingga mereka semua tamat pengajian tak lama lagi. Majlis yang bermula pada lewat jam 9 malam itu dihadiri oleh Pengarah IKBN Pagoh, Ketua-Ketua Sekolah yang lain serta ahli keluarga tenaga pengajar. Pada malam tu, Dewan Karisma dihias mengalahkan ada majlis resepsi pengantin. Boleh jadi contoh kepada junior SKM dan DKM. Lepas nie buat majlis lagi gempak daripada dia orang. Saya bagi point 9/10 kat korang... Tahniah.
Subscribe to:
Posts (Atom)